Create your own banner at mybannermaker.com!
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ole Ole Enterprise is a gifts and hampers company. We offers only the finest gifts and hampers selections delivered to your satisfactions.
Our impressive selection includes gourmet gift baskets and festive hampers . Besides that, we also offer craft products, corporate gifts, gift box, and other gift for that very special occasion.

We also have selections of cookies, cakes, muffins, chocolates and sweets

You've come to the right place!

For more information and purchase please contact us at our email.
Thank you for your purchase and visiting our blog.
oleole2u@gmail.com

Phone no : (After office Hours)
03-62615020



Tuesday, August 23, 2011

Hamper Raya

Tempahan Hamper Raya untuk Yayasan Wakaf Malaysia

Set Mutiara Qaseh VVIP:-
  • Kotak Jerami (Window)
  • Sejadah Turki
  • Kain Pelikat Tenunan Benang 7000
  • Tasbih dari Batu Permata Mineral
  • Set Butang Baju Melayu Kristal (gred A) /corak bunga
  • Manisan Buah-buahan Kering (220gm)
  • Coklat ‘Barnsberry Milk Chunky’ (270gm)
  • Biskut Coklat Chip Almond Flake (150gm)

Set Mutiara Qaseh VIP:-

  • Kotak Jerami (Window)
  • Sejadah Turki
  • Kain Pelikat Tenunan Benang 7000
  • Tasbih Kristal Pelbagai Warna
  • Set Butang Baju Melayu Kristal (gred A)/bulat saiz besar
  • Biskut Pandan Coconut Sprinkle (200gm)
  • Biskut Cheese Pineapple Ball (160gm)
  • Biskut Nutty Bar (190gm)


Set Sinar Qaseh:-

  • Kotak kayu MDF
  • Kain Pelikat Tenunan Benang 7000
  • Tasbih Kristal Pelbagai Warna
  • Set Butang Baju Melayu Kristal (gred A)/bulat saiz besar
  • Coklat Cadbury dalam ‘pouch’ bag


Set Semarak Qaseh:-

  • Kotak Kayu MDF
  • Kain Pelikat jenama Gajah Duduk
  • Tasbih Manik Pelbagai Warna
  • Set Butang Baju Melayu Kristal (gred A)/ bulat saiz kecil
  • Senaskah Yassin

Wednesday, August 17, 2011

Triffle lagi - Tempahan







Sunday, August 14, 2011

Jangan Tak Cuba - Strawberry Swiss Roll


Hari ni nak berbuka kat rumah mak, pikir2 apa nak bawak, pasti adik beradik yang lelain macam2 bawak yg makanan heavy2

Tengok kat dapur barang basah tak berapa nak ada.... capai bowl mixer terus pecah telur, so jadilah swiss roll ni

marilah cuba swiss roll ni sedap dan pasti tak mengecewakan

Bahan A

6 biji telur gred B
113g gula halus
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh strawberry emulco
1 sudu besar ovellet
86g tepung super fine
1 sudu besar susu tepung

Bahan B
113g mentega cair

strawberry filling secukupnya


ok cara nak buatnya


Bahan A pukul sehingga kembang dalam 6-7 minit pada speed paling laju, lepas tu masukkan mentega cair , kemudian kacau rata dengan spatula

Tuangkan adunan dalam loyang 10x10, griskan dulu loyang dengan shortening dan lapik dengan kertas macam kat bawah ni


bakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 20minit sampat keperangan seperti dibawah

Bila dah masak keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk, dah sejuk baru terbalikkan dan sapu strawberry filing seperti dibawah , pastikan bawah nya ada lapik kertas jugak

pastu baru gulung ya


Saya punya hasil agak retak sikit gulungan nya sebab gulung masa panas, nak cepat takut tak sempat sampai rumah mak sebelum berbuka....

ok selamat mencuba, kalau malas nak buat, order je....hehehehe

Saturday, August 6, 2011

Jangan Tak Cuba - Sambal Sotong Power


Bahan A

1/2 kilo Sotong Segar - toskan selepas basuh

Bahan B

1 biji bawang besar

5 ulas bawang kecil

4 ulas bawang putih

Cili Kering yang dah dikisar dalam 3 senduk ikut kepedasan yang digemari

Air Asam Jawa

Garam dan gula

Minyak Masak yang secukupnya untuk menumis

1 biji bawang besar - dipotong bulat


Cara-caranya

1. Kisar Bahan B dan panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing

2. Kemudian masukkan cili dan air asam jawa masak sehingga pecah minyak dan cili kering secukupnya

3. Kemudian masukkan sotong dan masakkan tapi jangan terlalu lama , kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa gaul sekejap dan kemudian masukkan hirisan bawang besar

4. Masak sekejap lagi dan walaaaa dah siap makan dengan nasi panas hmmm sedap

Thursday, August 4, 2011

Jangan Tak Cuba - Bubur biji nangka

Resepi ni khas untuk kawan ku cik maryam, buat sedap2 ya mar nanti akak nak makan


Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..
Resepi from SisIda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...