Thursday, February 9, 2012
Sunday, August 14, 2011
Jangan Tak Cuba - Strawberry Swiss Roll




Saturday, August 6, 2011
Jangan Tak Cuba - Sambal Sotong Power
| Bahan A 1/2 kilo Sotong Segar - toskan selepas basuh Bahan B 1 biji bawang besar 5 ulas bawang kecil 4 ulas bawang putih Cili Kering yang dah dikisar dalam 3 senduk ikut kepedasan yang digemari Air Asam Jawa Garam dan gula Minyak Masak yang secukupnya untuk menumis 1 biji bawang besar - dipotong bulat
Cara-caranya 1. Kisar Bahan B dan panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing 2. Kemudian masukkan cili dan air asam jawa masak sehingga pecah minyak dan cili kering secukupnya 3. Kemudian masukkan sotong dan masakkan tapi jangan terlalu lama , kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa gaul sekejap dan kemudian masukkan hirisan bawang besar 4. Masak sekejap lagi dan walaaaa dah siap makan dengan nasi panas hmmm sedap |
Thursday, August 4, 2011
Jangan Tak Cuba - Bubur biji nangka
Resepi ni khas untuk kawan ku cik maryam, buat sedap2 ya mar nanti akak nak makan

Bahan-bahan ( 5 orang )
- Bahan A
- 200g tepung pulut
- 140ml air suam
- pewarna
- Bahan B
- 2 mangkuk santan
- 6 sudu gula
- secubit garam
- 5 helai daun pandan
- bahan C
- 1 liter air
Cara-cara
- campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
- Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
- Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..
Monday, July 4, 2011
Jangan Tak Cuba - Puding Karamel Lapisan Coklat

MMMMM memang sedap kena pulak makan bukak pose nanti
Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )
· Bahan A :
· 1 tin susu cair
· 5 sudu besar gula
· 3 biji telur Gred A
· 1 sudu kecil esen vanila
· Bahan B :
· 1 tin susu cair
· 5 sudu besar gula
· 3 biji telur Gred A
· 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
· Bahan C :
· 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)
Cara-cara
1. Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
3. Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
6. Potong dan hidang.
