
Bahan A 1/2 kilo Sotong Segar - toskan selepas basuh Bahan B 1 biji bawang besar 5 ulas bawang kecil 4 ulas bawang putih Cili Kering yang dah dikisar dalam 3 senduk ikut kepedasan yang digemari Air Asam Jawa Garam dan gula Minyak Masak yang secukupnya untuk menumis 1 biji bawang besar - dipotong bulat
Cara-caranya 1. Kisar Bahan B dan panaskan minyak dan tumis bahan ini sehingga garing 2. Kemudian masukkan cili dan air asam jawa masak sehingga pecah minyak dan cili kering secukupnya 3. Kemudian masukkan sotong dan masakkan tapi jangan terlalu lama , kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa gaul sekejap dan kemudian masukkan hirisan bawang besar 4. Masak sekejap lagi dan walaaaa dah siap makan dengan nasi panas hmmm sedap |
0 comments:
Post a Comment